Kerajaan Pahang Umum Pemberian Dua Bulan Gaji Serta Bantuan Aidilfitri RM1,500 Kepada Seluruh Penjawat Awam Di Negeri Ini

by Oh! Semput


4
SHARES
57
VIEWS
Posted on 20 Nov 2026 16:30:53

KUANTAN: Kerajaan Pahang mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada seluruh penjawat awam negeri ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2027 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15 di sini pada Jumaat.

"Bantuan membabitkan peruntukan keseluruhan RM58 juta itu akan dibayar dalam dua fasa iaitu pada Januari dan Jun 2027," katanya.

Beliau memaklumkan Kerajaan negeri turut menyediakan Bantuan Khas Perayaan sebanyak RM1,500 bagi membantu penjawat awam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Jelasnya, bantuan khas perayaan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM12 juta.

“Semoga penghargaan ini menjadi suntikan semangat kepada seluruh penjawat awam untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik, memelihara integriti dan melaksanakan amanah dengan penuh keikhlasan demi kemakmuran serta kesejahteraan rakyat Pahang Darul Makmur,” katanya. #SinarHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts