Kerajaan Pahang Rancang Untuk Memperkasakan Pelancongan Muslim Ke Negeri Ini

by Oh! Semput


4
SHARES
57
VIEWS
Posted on 28 Feb 2024 03:00:45

KUANTAN: Kerajaan Pahang menerusi Tourism Pahang merancang memperkasakan pelancongan muslim di negeri ini.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Cik Leong Yu Man berkata, ia bertujuan bagi menarik lebih ramai pelancong beragama Islam dari negara-negara antarabangsa khususnya Negara China.

“Memang kita sudah lama melaksanakan pemerkasaan pelancongan muslim tetapi kali ini kita memfokuskan kepada golongan muslimin dan muslimat daripada Negara China kerana berdasarkan statistik kunjungan pelancongan ke Malaysia atau Negeri Pahang, top 3 adalah dari Negara China,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Lawatan Pengenalan Imam Fam Trip : Discover Muslim-Friendly Malaysia di The Bentong Farm, Bentong, pagi tadi.

Hadir sama ialah Pengurus Besar Tourism Pahang, YBrs Kamaruddin Ibrahim.

Lawatan tersebut disertai 36 imam dari 14 wilayah Negara China anjuran Islamic Tourism Centre (ITC) dengan kerjasama Inbound Chinese Association (MICA) selama tujuh hari bermula 10 hingga 16 Januari.

Lawatan ini diadakan bertujuan memperkenal dan mendedahkan keunikan Malaysia sebagai destinasi mesra Muslim selain dapat merancakkan sektor pelancongan Malaysia khususnya pelancong dalam kalangan Muslim dari Negara China.

Kerajaan Pahang bersedia menawarkan pelbagai destinasi pelancongan sebagai hub terkemuka pelancongan mesra muslim dengan penyediaan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan muslim.

Pahang menyediakan lebih 36,000 bilik penginapan dan 5,000 restoran dan kedai makan halal dengan kerjasama oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memberi keyakinan kepada pelancong muslim.

Pada Ramadan nanti, dijangkakan lebih ramai pelancong muslim dari Negara China akan berkunjung ke Pahang bagi merasai sendiri keunikan dan kemeriahan sambutan bulan puasa di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Encik Kamaruddin berkata, pada 2023 statistik kedatangan pelancong menunjukkan peningkatan ketara bagi setiap daerah di negeri ini. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts