Kerajaan sasar kurangkan pinjaman tahunan negara kepada RM86 bilion tahun ini

by Oh! Semput


13
SHARES
166
VIEWS
Posted on 22 Jul 2024 11:30:26

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan yakin untuk mengurangkan pinjaman bersih atau hutang baharu negara kepada RM86 bilion tahun ini.

Beliau berkata hutang negara menunjukkan trend menurun sejak tiga tahun lalu, dari RM100 bilion pada 2021 dan 2022 kepada RM93 bilion pada 2023.

“Bagi mencapai sasaran pinjaman tahunan yang lebih rendah, kerajaan perlu memastikan perbelanjaan lebih berhemat, mengelakkan pembaziran dan hanya meminjam apabila perlu untuk tujuan pembangunan,” katanya pada majlis perasmian Persidangan Cukai Kebangsaan di Kuala Lumpur hari ini.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata pendapatan negara juga agak terhad kerana Malaysia mempunyai asas cukai yang rendah dan antara yang terendah di rantau Asia.

Katanya, sistem asas cukai di Malaysia ketika ini adalah antara yang terendah di Asia pada 11.7% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding Filipina (17%), Vietnam (18%) dan Singapura (13.8%).

“Sewajarnya, rasionalisasi subsidi adalah usaha komprehensif yang merangkumi spektrum yang lebih meluas untuk membantu mengurangkan pinjaman tahunan kerajaan.

“Usaha lain termasuklah menangani rasuah dan cara yang lebih cekap untuk menguatkuasakan undang-undang dan usaha percukaian,” katanya.

Beliau berkata kerajaan merancang untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi RON95 tetpai buat masa ini isu tersebut tidak dibangkitkan.

“Isu rasionalisasi subsidi RON95 tidak dibangkitkan, kita sedang memberi penjelasan mengenai diesel untuk kefahaman betul-betul sebab kadang-kadang, isu ini dipusingkan.

“Tetapi jika rasionalisasi subsidi tidka dibuat, hasil tidak bertambah dan hutang bertambah,” katanya. – 22 Julai, 2024.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts