Kerajaan Sedang Melihat Untuk Membangunkan ID Digital Kebangsaan

by Oh! Semput


HOME Posted on 11 Oct 2018 17:02:22


Menteri Komunikasi dan Multimedia kini mengumumkan kerajaan sedang melihat untuk membangunkan ID digital kebangsaan, yang mana boleh digunakan untuk pengesahan dan meningkatkan kepercayaan dalam transaksi dunia siber.

Perbincangan sedang dilakukan bersama beberapa pihak seperti SKMM dan juga MDEC berkenaan hal ini. Pengumuman lanjutan berkenaan identiti digital kebangsaan ini mungkin dikongsikan menjelang pertengahan tahun hadapan.

Ia turut ditekankan yang mana identiti digital ini lebih ditujukan untuk penggunaan diruangan siber dalam usaha memudahkan transaksi – seperti pada arena edagang, atau menerima subsidi daripada kerajaan. Kerajaan tidak berhasrat untuk ia menggantikan MyKad, selain identiti digital baru ini adalah suatu perkara yang tidak wajib bagi semua rakyat.

Buat masa ini, ciri dan fungsi penuh untuknya masih tidak diketahui lagi. Tetapi, berkemungkinan identiti digital ini akan menggantikan keperluan untuk pendaftaran beberapa perkhidmatan yang memerlukan salinan MyKad – sebagai contoh untuk dompet digital, transaksi atas-talian, dan beberapa penggunaan lain.

Untuk makluman, pada hari ini terdapat sebuah perkhidmatan yang disediakan agensi kerajaan, dinamakan MyIdentity. Melaluinya, ia memudahkan pengguna berurusan dengan agensi kerajaan – dimana tidak perlu memberikan maklumat peribadi yang sama berulang kali. Sejumlah agensi kerajaan menyokongnya pada hari ini. Ia tidak diketahui lagi sama ada projek baru kerajaan ini akan memperluaskan penggunaan MyIdentity ini, atau akan hadir dengan sesuatu yang baru sepenuhnya.

Sama-sama kita nantikan perkongsian lanjut daripada pihak kerajaan berkenaan projek identiti digital kebangsaan ini.

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop
Leave a Comment:

Related News