KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang berusaha meningkatkan inisiatif komunikasi Covid-19 dengan tumpuan kini terhadap kualiti dan keberkesanan inisiatif yang dijalankan.
Menterinya Saifuddin Abdullah berkata inisiatif itu termasuk berkongsi data Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung penularan tidak terkawal serta menjalankan tinjauan bagi memahami profil dan cabaran dihadapi setiap kelompok masyarakat yang terjejas oleh pandemik tersebut.