'Kerana Abang Jujur, Boss Saya Bagi Abang RM5,000 Cash!'

by Oh! Semput


14
SHARES
187
VIEWS
Posted on 04 Oct 2016 01:00:22



Jolo Ko Mung, memuat naik gambar sejumlah wang kertas yang ditemuinya dalam beg yang dipercayai tercicir secara tidak sengaja. 

Gambar itu dimuat naik di laman Facebook group Warga Kuantan. 

"Jumpa beg jatuh di Jalan Berserah. Mungkin penunggang motosikal yang punya ini sebab tali beg ini terputus. Wallet tak ada, cuma yang ada duit sahaja. Macam mana nak cari? Kalau rasa dia punya, PM saya, nyatakan jumlah dan ciri-ciri beg serta jenama beg. Kalau tak ada juga, saya pakai duit ini," katanya. 

Tidak beberapa lama kemudian, tampil seorang lelaki bernama Azmin Abas, menuntut semula beg dan wang tersebut. 

Bimbang ditipu individu terbabit, Jolo Ko Mung memberikan beberapa soalan untuk kepastian yang lebih mendalam. 

  

"Minta jasa baik abang bantu saya. Bos saya paksa, suruh cari juga duit itu sampai dapat. Gaji saya setahun pun belum tentu ada banyak itu," kata Azmin. 



  

Oleh kerana sikapnya yang jujur itu, majikan Azmin Abas mahu memberikan ganjaran sebanyak RM5,000 kepada Jolo Ko Mung. 

"Bos saya ada cakap tadi, kalau sesiapa yang jumpa, dia akan bagi ganjaran RM5,000. Rezeki abang. Dia cakap, susah nak jumpa orang sejujur abang," kata Azmin.

  

Zaman sekarang ini, sukar untuk jumpa individu yang jujur. Pantang tengok duit berkepok, licin habis dikebasnya. Mujurlah duit itu ditemui oleh manusia yang jujur.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts