Kerana gadis comel, pelakon Diari Ramadan Rafique beri komen pedas di IG Aliff Syukri

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Aug 2019 17:02:49



Baru-baru ini, usahawan terkenal Aliff Syukri telah dihentam hebat oleh netizen gara-gara memanggil seorang gadis dengan panggilan ‘budak gemuk’, ekoran daripada luahan gadis itu yang mahu menjadi kurus, menerusi IG salah satu portal hiburan.

Justeru, ramai netizen meletakkkan tag IG usahawan tersebut dengan harapan dapat membantu gadis tersebut. Namun, apa yang menjadi isu adalah penggunaan ayat yang digunakan dalam komen maklum balas usahawan itu, dikatakan tidak sesuai.

Menerusi maklum balas tersebut, usahawan berkenaan memanggil gadis comel tersebut dengan panggilan ‘budak gemok’ secara berulang kali, telah mengundang rasa tidak puas hati orang ramai.

alt

alt

alt

alt

alt

Bukan sahaja dihentam warganet, pelakon drama bersiri Diari Ramadhan Rafique, Mirsad Hassan Kulasic, juga turut tidak berpuas hati dengan Aliff Syukri, dengan memberi komen di salah satu posting mengenai isu tersebut.

Posting tersebut memaparkan, usahawan terkenal itu dengan nada sedih telah membuat permohonan maaf atas ketelanjuran katanya, oleh kerana daripada terdapat individu melaporkan IG miliknya sehingga dua videonya telah dipadam.

Bagi pelakon berdarah kacukan itu, walaupun usahawan tersebut telah memohon maaf, dia tetap menyifatkannya sebagai tidak beradab dalam mengeluarkan kata-kata, sehingga menyentuh sensitiviti masyarakat.

alt

alt

alt

Setakat ini, tiada maklum balas mengenai komen pelakon tersebut. Namun, diharapkan Aliff Syukri lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan supaya tidak menyinggung hati mana-mana pihak.

: Aliff Syukri & Mirsad Hassan Kulasic

Komen

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...