17 maut kereta api berlanggar

by Oh! Semput


3
SHARES
36
VIEWS
Posted on 11 Jul 2019 12:00:48

Kemalangan kereta api di Pakistan
Penyelamat dan orang awam berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kemalangan dua kereta api di Rahim Yar Khan, Pakistan, hari ini. - Gambar AFP

PAKISTAN, 8 Zulkaedah 1440H, Khamis – Sekurang-kurangnya 17 terbunuh, manakala lebih 70 lagi cedera apabila sebuah kereta api penumpang bertembung dengan kereta api barang dekat Rahim Yar Khan, hari ini.

Menurut polis dan pihak hospital, insiden berlaku di Stesen Kereta Api Walhar kira-kira 35 kilometer ke selatan bandar Rahim Yar Khan.

Kereta api penumpang, Akbar Express bertolak dari Bahawalpur ke Quetta melanggar kereta api barang yang dipakir di stesen itu kira-kira jam 7.40 pagi waktu tempatan (10.40 pagi waktu Malaysia), kata polis.

Pegawai kanan polis, Umar Salamat memberitahu media tempatan, kemalangan itu berlaku apabila kereta api penumpang dialihkan ke landasan yang salah, sebelum melanggar kereta api barang.

Pasukan pencari dan penyelamat telah dihantar ke lokasi kejadian dan terpaksa menggunakan peralatan pemotong bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap, lapor media tempatan.

Penumpang yang maut dan yang cedera dihantar ke dua buah hospital.

Rangkaian landasan kereta api Pakistan digunakan oleh perkhidmatan penumpang dan barangan, serta kerap mengalami kerosakan dan kemalangan disebabkan infrastruktur yang sudah lama. – Agensi

Papar selanjutnya

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts