Kereta depan tiba2 mengundur, ‘mangsa’ langgar pasrah Akak Honda tetap nak menang

by Oh! Semput


4
SHARES
57
VIEWS
Posted on 28 Jun 2022 01:00:47

Setiap pengguna jalan raya seharusnya perlu kesedaran dan ada sifat bertimbang rasa kepada pengguna yang lain. Jadi, jika sayangkan kenderaan seharusnya lebih peka ketika membawa kenderaan terutamanya memandu.

Jika kita leka atau lalai sedikit sahaja, pelbagai masalah boleh timbul dan ia kadang kala bukanlah dari kesalahan kita sepenuhnya.

Akan tetapi, jika kita yang melakukan kesilapan, sepatutnya kita merendah diri memohon maaf dan cuba berbincang sebaiknya supaya tidak berlaku salah faham.

Namun, berbeza dengan perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Khaier Amran apabila memuat naik rakaman video dari dashcam miliknya yang merakam satu perlanggaran kecil berpunca dari kereta yang berhenti dihadapannya ketika masing-masing tersekat di kesesakan lalu lintas.

Menerusi video yang dipaparkan, kereta dihadapannya tiba-tiba sahaja berundur dan pemandunya langsung tidak mencuba untuk memberhentikan kenderaannya sehingga melanggar kereta Khaier.

Namun, apabila masing-masing terkejut dan keluar dari kereta untuk memeriksa kenderaan, pemandu wanita yang memandu kereta dihadapannya seolah-olah menunjukan reaksi seperti kereta dibelakang yang bersalah.

alt

Perkongsian tersebut juga menjadi perdebatan di laman Twitter dan rata-rata berasa geram melihat tindakan pemandu wanita tersebut.

Menurut ‘mangsa’, dia sempat memberi pesan kepada pemandu kereta dihadapannya namun dibalas dengan jawapan yang mempertahankan segala perbuatan tersebut seperti mahu menyatakan yang dirinya tidak bersalah.

Definisi perempuan selalu betul

Kak knape lepas brek?
" Tak lah, kaki mmg pijak brek "

Kak len kali jgn leka main henpon jgn duk mekap² dlm kete..
" Gear mmg dekat D tadi "

PEREMPUAN

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts