Kereta Terbang v2.0 Akan Diperkenalkan Tahun Hadapan

by Oh! Semput


HOME Posted on 18 Oct 2019 16:00:48



Reading Time: 1 minute

Dijangka akan hadir pada suku ke-3 2020.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof memaklumkan, kereta terbang kedua negara yang dibangun dengan menggunakan teknologi terbaru dijangka akan membuat penerbangan sulungnya pada suku ketiga tahun hadapan.

Menurut beliau, kereta terbang yang menggunakan teknologi berbeza dari versi pertamanya itu sedang dibangunkan di Eropah. Perbincangan juga telah dilakukan dengan pembina untuk membawa kereta itu melakukan penerbangan pertamanya pada tahun depan di Malaysia.

Malah beliau juga memberitahu Dewan Rakyat bahawa kementeriannya telah membuat penyelarasan untuk membincangkan hala tuju dan keperluan industri mobiliti udara bersama Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Perbincangan bersama Kementerian Pengangkutan juga telah dibuat bersama dengan agensi-agensi pelaksana pada 5 September lalu untuk merangka dasar, perlesenan dan garis panduan bagi memastikan kelancaran pembangunan ekosistem mobiliti udara.

Beliau turut memaklumkan, sebuah syarikat Malaysia kini berada di kedudukan ketiga dunia dalam industri mobiliti udara dan dijangka menjadi syarikat nombor satu dunia menjelang akhir tahun ini.

Menurutnya lagi, syarikat berkenaan menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranya pesawat tanpa pemandu (UAV), perkhidmatan keselamatan dan risikan.

Sebelum ini pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019 yang telah berlangsung awal tahun ini, kementerian telah mempamerkan prototaip kenderaan terbang yang dinamakan ‘Vector’.

: BERNAMA

Kereta Terbang v2.0 Akan Diperkenalkan Tahun Hadapan WISER.MY.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...