by Oh! Semput
Pelakon popular, Puteri Sarah pinjamkan bodyguard yang kerap mengawasinya dan anak-anak dalam urusan seharian untuk menemani rakan baiknya, Bella Astillah ke Istana Kehakiman, Putrajaya bagi memberikan sokongan kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Memetik laporan dari Berita Harian, Puteri Sarah menyatakan bahawa langkah tersebut diambil bagi memastikan keselamatan Bella sepanjang berada di sana bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Muar itu.
Walau bagaimanapun, Puteri Sarah enggan menjelaskan lebih lanjut berkenaan perkara itu dan hanya mendoakan yang terbaik serta segala urusan dipermudahkan.
Artikel lain: Dari Parlimen ke mahkamah, Bella Astillah setia hadir sokong Syed Saddiq
Jelasnya lagi, peranan pengawal peribadi tersebut bukan sahaja bertindak menjaga keselamatan dirinya dan anak-anak, tetapi juga berperanan sebagai pemandu serta pembantu peribadi.
Terdahulu, Bella Astillah atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah dilihat hadir ke Istana Mahkamah bagi memberikan sokongan kepada Syed Saddiq bagi mendengar keputusan berhubung rayuan terhadap sabitan dan hukuman dana ARMADA.
Dia juga dilihat berada sama dengan keluarga ahli parlimen tersebut dan memaklumkan kepada media kehadirannya adalah sebagai bentuk sokongan kepada seorang sahabat.
: Berita Harian (Serimah Mohd Sallehuddin)