Ketua Pengarah JPJ: Lesen Memandu UNCHR Tidak Sah Di Gunakan Di Negara Ini

by Oh! Semput


HOME Posted on 16 Sep 2020 23:01:07



 

KUALA LUMPUR: Lesen memandu dikeluarkan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tidak sah digunakan di negara ini selaras undang-undang ditetapkan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid, berkata pihaknya tidak pernah mengiktiraf lesen sedemikian.

"Lesen memandu UNHCR untuk digunakan pemandu di negara ini tidak sah.

"Saya tidak tahu sama ada gambar yang menunjukkan lesen UNHCR yang tular di media sosial, itu palsu atau tidak.

"Yang pasti kita tidak iktiraf sebarang lesen dikeluarkan UNHCR," katanya pada BH, hari ini.

Sebelum ini, sekeping gambar memaparkan lesen memandu pelarian lelaki warga Myanmar dikeluarkan UNHCR tular di Facebook.

Seorang pengguna media sosial mempersoalkan pihak mana yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen itu selain menzahirkan kebimbangan terhadap isu berkenaan. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


loading...