10 Khasiat Buah Dokong yang Anda Perlu Tahu

by Oh! Semput


6
SHARES
81
VIEWS
Posted on 06 Dec 2022 18:00:18

Apakah khasiat buah dokong? Artikel ini akan membincangkan khasiat, kandungan nutrisi dan kompaun sihat di dalamnya.

Pengenalan

Buah dokong merupakan buah tempatan masyarakat Malaysia yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Buah ini mempunyai saiz dan rasa yang seakan-akan buah langsat. Ianya bersaiz kecil, berbentuk bulat dan berkulit putih kekuningan.

Isinya pula berwarna putih cerah dan mempunyai rasa manis bercampur masam. Buah dokong biasanya datang di dalam bentuk tangkai. Terdapat lebih kurang 40 biji buah dokong di dalam satu tangkai.

Buah ini boleh dimakan begitu sahaja ataupun dimasak untuk dijadikan jem. Apakah kebaikan buah ini terhadap kesihatan? Artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut akan kebaikkan buah dokong ini. 

Kandungan Nutrisi dan Komponen Penting

Berikut merupakan kandungan nutrisi yang terdapat di dalam 100 g buah dokong

Komponen Kandungan 
Tenaga, kcal57 kcal
Karbohidrat, g15.2 g
Protein, mg0.9 mg
Lemak, mg0.2 mg

Berdasarkan jadual di atas, setiap 100 g buah dokong mempunyai sebanyak 57 kcal dan 15.2 g karbohidrat. Kandungan protein dan lemak di dalamnya pula boleh diabaikan kerana terlalu rendah iaitu 0.9 mg dan 0.2 mg.  Selain itu, buah dokong turut mengandungi kalsium dan kalium yang baik untuk tulang dan otot. Ianya turut mengandungi beberapa jenis vitamin B yang baik untuk tubuh badan.

10 Khasiat Buah Dokong Terhadap Kesihatan

1. Rendah kalori

Buah dokong merupakan buah yang mempunyai kandungan kalori ataupun tenaga yang rendah. Setiap 100 g buah ini hanya membekalkan sebanyak 57 kcal kepada tubuh badan. Hal ini menjadikan buah ini sesuai diambil untuk dijadikan snek menggantikan makanan berat yang mempunyai kalori dan tenaga yang tinggi.

2. Memberi rasa kenyang

Tahukah anda pengambilan buah dokong dapat memberikan rasa kenyang. Hal ini kerana buah ini mempunyai kandungan serat yang akan memenuhi perut dalam tempoh masa yang lama. Hal ini membolehkan kita untuk mengawal pengambilan makanan harian. Pengambilan buah sebelum mengambil makanan utama dapat membantu untuk mengawal pengambilan kalori harian.

3. Memberi tenaga segera

Buah dokong mampu untuk memberi tenaga dengan segera kerana ianya mempunyai kandungan air dan mineral yang mampu untuk menghidrat tubuh badan. Selain itu ianya juga mempunya kandungan gula fruktosa, iaitu sejenis gula yang terkandung di dalam buah yang mampu untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan. 

4. Mencegah sembelit

Seperti buah-buahan yang lain, buah dokong turut mengandungi sejenis serat yang baik untuk sistem penghadaman. Serat ini baik kerana ianya dapat menggalakkan pergerakkan usus ataupun peristalsis. Peristalsis di dalam sistem pencernaan dapat membantu untuk mencegah masalah sembelit.

5. Membantu penghadaman

Pernahkah anda mendengar akan istilah probiotik? Probiotik merupakan sejenis bakteria baik yang berada di dalam tubuh badan kita. Antara fungsi probiotik adalah untuk meningkatkan sistem imuniti dan menjaga penghadaman. Buah dokong mengandungi serat yang merupakan makanan kepada probiotik untuk terus hidup. Bilangan probiotik yang mencukupi di dalam badan dapat membantu untuk meningkatkan kesihatan badan.

6. Kaya dengan antioksida

Buah dokong turut mempunyai beberapa komponen antioksida seperti vitamin C. Komponen ini baik untuk tubuh badan kerana ianya dapat membantu untuk mencegah tekanan oksidatif. Tekanan oksidatif selalunya disebabkan oleh radikal bebas yang meyerang tubuh badan lalu menyebakan keradangan. 

7. Baik untuk kulit

Siapa yang tidak mahu kulit yang bersih dan sihat? Buah dokong mempunyai komponen vitamin C yang mampu untuk menjaga kesihatan kulit. Hal ini kerana vitamin C berfungsi untuk penghasilan kolagen dan kesihatan kulit. Buah ini turut mengandungi elektrolit dan air yang boleh membantu untuk menghidratkan kulit.

8. Kaya dengan vitamin B

Tahukah anda bahawa buah dokong merupakan buah yang kaya dengan vitamin B? Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi di dalam tubuh badan kita. Ianya diperlukan oleh badan untuk penghasilan tenaga dan juga memastikan sel-sel di dalam tubuh badan berfungsi dengan baik.

9. Baik untuk tekanan darah

Buah dokong merupakan antara buah yang sesuai diambil oleh mereka yang mempunyai masalah tekanan. Hal ini kerana ianya mengandungi kandungan sodium yang rendah. Buah ini turut mengandungi kalium, sejenis mineral yang dapat membantu untuk menurunkan tekanan darah. Hal ini kerana kalium membantu pengembangan salur darah dan mengurangkan tekanan yang dikenakan keatas salur darah.

10. Baik untuk kesihatan tulang dan otot

Tulang dan otot merupakan anggota badan yang terpenting bagi manusia. Ianya diperlukan untuk pergerakkan harian. Pengecutan dan pengenduran otot yang terkawal dan tulang yang kuat dan sihat dapat menjamin pergerakkan yang tidak terbatas. Buah dokong mengandungi kalsium dan kalium yang diperlukan untuk tulang yang kuat dan sihat. Kalium turut diperlukan untuk memastikan otot badan dapat mengecut dan mengendur dengan baik.

Rujukan:

  1. BUAH-BUAHAN: DOKONG. (n.d.). JABATAN PERTANIAN PULAU PINANG.

10 Khasiat Buah Dokong yang Anda Perlu Tahu Root of Science.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts