by Oh! Semput
Apakah khasiat buah longan? Artikel ini akan membincangkan kandungan nutirisi, komponen sihat dan khasiat buah longan kepada kita.
Buah longan merupakan sejenis buah tropikal yang berasal dari keluarga Sapindaceae. Buah ini mempunyai saiz kecil dan berbentuk bulat. Kulitnya pula nipis berwarna coklat cair. Isi buah longan mempunyai warna putih telus dan bijinya pula berwarna hitam.
Isi buah longan mempunyai rasa manis seakan-akan buah laici. Buah ini turut digunakan sebagai ubat di dalam perubatan tradisional masyarakat Cina. Walaupun bersaiz kecil, namun buah ini mempunyai pelbagai kebaikkan terhadap kesihatan. Artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut akan kebaikkan buah longan terhadap kesihatan.
Berikut merupakan kandungan nutrisi yang terdapat di dalam buah 100 g buah longan.
Komponen | Kandungan |
Tenaga, kcal | 60 kcal |
Karbohidrat, g | 15.14 g |
Serat, g | 1.1 g |
Protein, g | 1.31 g |
Lemak, g | 0.1 g |
Setiap 100 g buah longan dapat membekalkan sebanyak 60 kcal tenaga. Selain itu, buah ini mempunyai sebanyak 15.14 g karbohidrat dan 1.1 g serat. Buah ini mempunyai kandungan tenaga yang rendah namun pengambilannya haruslah secara bersederhana. Di samping itu, buah longan turut kaya dengan vitamin C yang baik untuk sistem imuniti.
1. Tinggi dengan antioksida
Buah longan turut kaya dengan kandungan antioksida yang tinggi kerana ianya mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Vitamin C dapat bertindak sebagai antioksida yang dapat mencegah kerosakkan sel yang disebabkan tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.
2. Baik untuk penghadaman
Sembelit ataupun lebih dikenali sebagai masalah untuk membuang air besar merupakan antara masalah kesihatan yang sering berlaku. Hal ini disebabkan oleh kekurangan air atau serat di dalam diet lalu menyulitkan proses untuk membuang air besar. Buah longan kaya dengan sumber serat yang mampu untuk menggalakkan proses peristalsis iaitu proses pergerakkan usus dan sekaligus mencegah masalah sembelit.
3. Rendah kalori
Buah longan mengandungi kadar kalori yang rendah iaitu sebanyak 60 kcal untuk setiap 100 g. Hal ini menjadikan buah ini sesuai diambil bagi mereka yang ingin menjaga pengambilan kalori harian. Namun haruslah diingat pengambilan yang berlebihan akan dapat menyumbang kepada kenaikkan pengambilan kalori harian juga ya.
4. Meningkatkan imuniti
Paras imuniti yang rendah akan menyebabkan tubuh badan mudah untuk jatuh sakit. Hal ini kerana badan kekurangan antibodi yang diperlukan untuk melawan patogen dan virus merebak. Buah longan mengandungi kadar vitamin C yang tinggi yang mampu untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Hal ini kerana vitamin C mampu untuk membantu mengaktifkan sel darah putih untuk melawan virus, bakteria dan patogen asing yang menyerang tubuh badan.
5. Membantu penghasilan sel darah merah
Anemia adalah satu keadaan di mana badan mengalami kekurangan sel darah merah yang mencukupi. Hal ini akan menjadikan pesakit berasa cepat penat, lesu dan pucat. Vitamin C adalah sejenis vitamin yang dapat membantu penyerapan zat besi. Pengambilan makanan yang tinggi zat besi dan tinggi vitamin C seperti buah longan dapat meningkatkan penyerapan zat besi ke dalam badan lalu membantu penghasilan sel darah merah.
6. Mencegah skurvi
Skurvi adalah satu penyakit kekurangan vitamin C. Kekurangan vitamin C dapat menyebabkan skurvi di mana pesakit akan mengalami simptom seperti gusi berdarah, cepat penat dan lesu. Pengambilan buah longan yang tinggi vitamin C sedikit sebanyak dapat mencegah penyakit skurvi.
7. Baik untuk kulit
Kandungan vitamin C di dalam buah longan dapat menggalakkan penghasilan kolagen. Kolagen merupakan antara komponen terpenting di tubuh badan kita. Kulit dan sendi-sendi di bahagian badan juga terdiri daripada kolagen.
8. Kaya dengan polifenol
Buah longan mengandungi kadar polifenol yang tinggi di mana kajian telah mendapati bahawa kandungan polifenol dapat membantu untuk mencegah penyakit-penyakit kronik seperti keradangan, kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.
9. Mengawal paras tekanan darah
Tekanan darah tinggi merupakan antara penyakit yang mampu untuk membunuh secara senyap Tekanan darah yang tidak terkawal dapat menyebabkan salur darah untuk. Buah longan mengandungi kandungan kalium yang tinggi yang dapat mengurangkan paras tekanan darah dengan menyebabkan salur darah untuk mengembang. Pengembangan salur darah dapat membantu mengurangkan tekanan yang dikenakan pada salur darah.
10. Baik untuk kesihatan jantung
Buah longan mengandungi kandungan kalium di mana kalium dapat membantu di dalam pengecutan dan pengenduran otot jantung. Komponen kalium ini penting untuk kesihatan otot dan salur darah. Otot jantung yang bekerja dengan baik dapat menghasilkan paras tekanan darah yang stabil dan terkawal.
Rujukan
10 Khasiat Buah Longan yang Anda Perlu Tahu Root of Science.