Khidmat bas awam disediakan bagi hubungkan Sentosa ke bahagian tengah S'pura

by Oh! Semput


7
SHARES
96
VIEWS
Posted on 17 Jul 2017 23:20:51

SINGAPURA: Mulai 30 Julai ini, para pengunjung ke Sentosa mempunyai pilihan untuk mengambil bas awam untuk berulang-alik ke pulau peranginan itu.

Buat masa ini, pulau tersebut hanya boleh dikunjungi melalui monorel Sentosa Express, kereta kabel, teksi, kereta, koc atau dengan berjalan kaki.

Lanjutan khidmat bas 123 oleh SBS Transit ke 'Beach Station' di terminal bas Sentosa akan menyediakan sambungan langsung ke pulau peranginan itu dari pelbagai lokasi di kawasan tengah Singapura.

Ini termasuk stesen utama MRT seperti Tiong Bahru, Orchard, stesen Fort Canning (DTL) dan Havelock (TEL) yang bakal dibuka, menurut Sentosa dalam kenyataannya pada Isnin (17 Jul).

Bas tersebut akan berhenti di tiga stesen di Sentosa: Resorts World Sentosa, Plaza Merlion dan bertentangan Plaza Merlion.

Sentosa mendedahkan bahawa para penumpang yang memasuki Sentosa melalui khidmat bas 123 hanya perlu membayar tambang berdasarkan jarak bagi perjalanan bas mereka dan tiada caj kemasukan tambahan ke pulau itu akan dikenakan.

Bas itu akan bergerak dari Terminal Bas 'Beach Station' dari 6.00 pagi hingga 11.45 malam, dari Isnin hingga Sabtu, dan dari 6.16 pagi hingga 11.45 malam pada Ahad dan hari cuti awam.

Dengan adanya perubahan itu, khidmat 123 tidak akan lagi melakukan perjalanan ke Pusat Pertukaran Bas Harbourfront dan tiga lagi stesen bas di Telok Blangah Road - Vivocity, bertentangan Vivocity dan Stesen Harbourfront Laluan Keluar A, menurut SBS Transit dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam kenyataan berasingan pada Isnin.

Secara berasingan juga, caj bagi semua tempat letak kereta yang dikendalikan oleh Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) akan ditetapkan pada S$1.20 setiap jam bermula 7.00 pagi hingga 5.00 petang dan S$2.40 bagi setiap kemasukan dari 5.01 petang hingga 6.59 pagi.

SDC menyatakan perubahan itu dilakukan sebagai respons kepada maklum balas yang diterima. 

- CNA/im

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts