Kicker: “Sumber Dalaman BvB Sahkan Pierre-Emerick Aubameyang Akan Kekal!”

by Oh! Semput


18
SHARES
233
VIEWS
Posted on 18 Jul 2017 23:00:31

Kicker mendedahkan yang Pierre-Emerick Aubameyang tidak akan meninggalkan Dortmund dalam jendela perpindahan kali ini. Ini selepas kicker menghubungi sumber dalaman kelab tersebut.

itu menyatakan pengurus baru Dortmund mahu menjadikan Aubameyang sebagai pemain penting dalam projek beliau. Jadi, Dortmund kini memutuskan untuk tidak menjual pemain tersebut.

Pierre-Emerick Aubameyang dikaitkan dengan perpindahan ke Stamford Bridge menyertai pasukan Chelsea. Ini selepas Chelsea gagal mendapatkan Romelu Lukaku.

Pada masa yang sama, Chelsea kelihatan sukar untuk mendapatkan Alvaro Moratta selepas Real Madrid kelihatan tidak begitu aktif dalam perpindahan kali ini.

Selain daripada Chelsea, Aubameyang juga menjadi rebutan beberapa kelab di China.

Pada selasa lalu, Aubameyang bermain untuk Dortmund yang berhadapan dengan kelab lama beliau, AC Milan. Dortmund menang 3-1 di dalam perlawanan ujian pra musim tersebut.

LONDON, ENGLAND – MARCH 17: Pierre-Emerick Aubameyang of Borussia Dortmund celebrates as he scores their second goal during the UEFA Europa League round of 16, second leg match between Tottenham Hotspur and Borussia Dortmund at White Hart Lane on March 17, 2016 in London, England. (Photo by Paul Gilham/Getty Images)

AC Milan tidak menurunkan ramai pemain baru mereka di dalam perlawanan ini.

Kicker juga mendedahkan yang pihak BvB sudah berbincang dengan Aubameyang tentang masa depan pemain itu di Dortmund. Hans-Joachim Watzke berkata:

“Tunggulah beberapa hari lagi, yang pasti kita tidak akan menunggu lama sangat. Kita akan tengok apa yang akan berlaku selepas jendela perpindahan ditutup.”

Watzke menggambarkan yang mereka sedang menjalankan perbincangan yang positif dengan Aubameyang.

Sebelum ini, Dortmund menyatakan mereka hanya mempertimbangkan tawaran harga €100 juta untuk pemain ‘marquee’ mereka ini.

Sebagai tambahan, kontrak semasa Pierre-Emerick Aubameyang akan berakhir pada 2020.

Kicker – http://www.kicker.de/news/fussball/bundesliga/startseite/701914/artikel_entschieden-aubameyang-bleibt-beim-bvb.html

Kicker: “ Dalaman BvB Sahkan Pierre-Emerick Aubameyang Akan Kekal!” Semuanya BOLA.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts