Kilang proses dadah sintetik diserbu

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Sep 2018 17:02:02


SYALMIZI HAMID

14 September 2018 5:28 PM

SEBERANG PERAI - Satu sindiket yang menjadikan sebuah kilang industri kecil dan sederhana (IKS) di Bukit Tengah, Bukit Mertajam di sini sebagai tempat memproses dadah jenis pil Eramin 5 dilumpuhkan selepas tiga ahlinya itu ditahan polis kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di sini sebentar tadi berkata, dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan di Pengkalan Hulu, Perak sebelum membawa kepada penemuan kilang berkenaan.

Mohmad berkata, pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah sintetik bernilai kira-kira RM72.5 juta di samping pelbagai peralatan memproses pil Eramin 5.

Menurutnya, antara yang dirampas di premis itu termasuklah 2.13 juta biji pil disyaki Eramin 5, 742.6 kilogram (kg) disyaki dadah Eramin 5, 27.3 kg dadah disyaki syabu, 5,080 biji pil Ekstasi dan 53.7kg cecair bahan kimia.

Mohmad memberitahu, pembongkaran sindiket tersebut turut melibatkan pihak berkuasa Police Narcotics Suppresion Bureau Thailand (PNSB) dan National Narcotics Control Commission of China (NNCC). - K! ONLINE

's

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop
Leave a Comment:

Related News