Kisah JDT Dalam Program Realiti TV

by Oh! Semput


HOME Posted on 27 Mar 2019 00:00:11



Mar 26, 2019
0

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan sahaja semakin mengukuhkan kedudukan sebagai gergasi bola sepak tanah air, malah terus menjadi pelopor kepada pembaharuan dalam Liga Malaysia (Liga M).

Semalam, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan juara Liga Super lima musim berturut-turut itu bakal memperkenalkan program realiti televisyen (TV) khas buat peminat mereka.

Antara elemen utama program berkenaan adalah berkongsi kisah-kisah di belakang tabir, selain mengupas isu semasa bola sepak.

Menurut Tunku Ismail, program seperti itu sudah dibuat juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

“Siri realiti TV JDT. Ia bukan lakonan, kami akan memaparkan realiti, untuk peminat.

“Kami juga akan berkongsi kisah dan peristiwa yang tidak pernah diketahui, apa yang sebenarnya berlaku di kelab,” kata Tunku Ismail dalam Twitter.

Menurut Tunku Mahkota Johor (TMJ), dalam program berkenaan peminat dapat melihat kisah sebenar di belakang tabir bermula daripada bagaimana perjanjian dimeterai, masalah yang ditangani hingga kepada sesi pemerahan otak atau ‘brainstorming’ pada lewat malam.

“Apa pandangan anda jika JDT FC mempunyai siri realiti TV sendiri? Di belakang tabir. Pemain, jurulatih, akademi, pasukan pemasaran, pengurusan dan…saya sendiri.

“Seperti yang dilakukan Manchester City. Menyiarkan malam yang tidak pernah tidur, kerja, rundingan dengan pemain, pasukan, perancangan, pengurusan dan lain-lain,” tulisnya.

Loading...

Artikel Berkaitan

  • “Sepatutnya Sejak Hari Pertama Isytihar Darurat” – TMJ
    “Sepatutnya Sejak Hari Pertama Isytihar Darurat” – TMJ
  • TMJ Lawat Pusat Rawatan Awal Pencemaran Toksik
    TMJ Lawat Pusat Rawatan Awal Pencemaran Toksik
  • Pandangan TMJ Wajar, Ada Asasnya – Pemuda UMNO
    Pandangan TMJ Wajar, Ada Asasnya – Pemuda UMNO
  • Tunku Ismail Bukan Wakil Rakyat, Kata Mahathir
    Tunku Ismail Bukan Wakil Rakyat, Kata Mahathir
  • TMJ Tidak Bersetuju Penubuhan Uhamka Di Pagoh
    TMJ Tidak Bersetuju Penubuhan Uhamka Di Pagoh
  • Elakkan Khidmat, Produk Tak Berlesen, Kata TMJ
    Elakkan Khidmat, Produk Tak Berlesen, Kata TMJ

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News