Tak Kisah Pun Kalau Nak Kata Saya Hanya Menang Undian - Sufi

by Oh! Semput


2
SHARES
27
VIEWS
Posted on 02 Oct 2017 04:32:16

2 Oktober 2017. 10.07 AM

1,285

Hiburan
Tak Kisah Pun Kalau Nak Kata Saya Hanya Menang Undian - Sufi
Penyanyi Sufi Rashid tidak kisah apabila dikatakan hanya menang undian untuk kekal dalam program AF Megastar.

Sufi yang dua kali memenangi anugerah Star Of The Week daripada Go Shop hasil undian awam itu akhirnya tersingkir di  Konsert AF Megastar malam tadi.

"Saya tak marah jika orang nak kata saya hanya menang undian.

"Saya tahu dan kenal peminat saya kerana mereka memberi sokongan yang padu dan sentiasa berdoa untuk saya.

"Cuma saya kecewa tidak dapat teruskan hajat mereka untuk lihat saya kekal dalam AF Megastar. Tapi nak buat macam mana mungkin rezeki saya sampai disini sahaja.

"Bagaimanapun, saya tak nafikan agak terkejut dengan sokongan mereka selepas saya turut berjaya mendapat tempat pertama dalam undian di awal konsert serta memenangi anugerah Star Of The Week," katanya kepada Astro Gempak.

Sufi ditemui selepas berakhirnya Konsert AF Megastar di Royale Theatre Shah Alam, malam tadi.

Sebanyak 60 peratus markah telah diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat serta Faizal Tahir sebagai juri jemputan.

Selebihnya, 40 peratus adalah hasil undian iaitu AFUNDI menerusi laman web www.afmegastar.com.my serta khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada peminat.

Sementara itu, juri tetap Datuk Ramli MS turut mengakui Sufi mendapat markah terendah daripada juri pada malam itu.

"Sufi sebenarnya ketinggalan dari segi content yang dipersembahlan berbanding bintang-bintang lain.

"Saya akui markah dia memang paling rendah daripada juri untuk malam ini," katanya.

AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video

AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/

Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari  www.watchod.com

Teks oleh: Syafiqah Jalal

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts