“I Tak Kisah Pun” – Peminat Bagi Hadiah Dalam Live TikTok, Tapi Neelofa Tak Hargai?

by Oh! Semput


3
SHARES
36
VIEWS
Posted on 10 Aug 2022 10:01:40

Sekali lagi selebriti dan usahawan, Neelofa menjadi topik utama perbualan orang ramai setelah tular satu video di TikTok memaparkan dia seperti tidak kisah dengan pemberian hadiah daripada peminat dalam siaran langsung TikTok.

Menerusi video yang di muat naik oleh seorang pengguna di platform berkenaan, Neelofa serta suaminya iaitu Haris Ismail sedang membuat live di TikTok bersama pengikutnya.

Advertisement

Di dalam live tersebut, Neelofa meluahkan perasaan tentang apa yang sedang dilalui olehnya dan ketika sibuk membuat luahan, salah seorang pengikutnya telah memberi hadiah Swan kepada selebriti itu, namun tidak dihiraukan.

Biarpun sudah nampak hadiah yang diberi, Lofa tidak mengendahkan ia sebelum suaminya menegur sebanyak dua kali untuk mengucapkan terima kasih kepada si pemberi yang juga merupakan peminatnya.

Sehubungan dengan itu, reaksi daripada selebriti kelahiran Kelantan itu membuatkan warganet berasa ‘panas’ dan menyifatkan, dia langsung tidak menghargai pemberian hadiah daripada peminatnya.

komen tiktok

komen tiktok

komen tiktok

Kebanyakkan warganet seakan-akan kecewa dengan cara Neelofa melayan peminatnya serta tidak menyangka perkataan ‘tak kisah’ itu keluar daripada mulut pemilik produk inai berjenama Nunha itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

inai Nunha ditapis 9 kali
3 minggu lalu

"Inai Ni Asli.." - Neelofa Kata Inai Nunha Warna Gelap & Terang Sebab Ditapis Sebanyak 9 Kali

“I Tak Kisah Pun” – Peminat Bagi Hadiah Dalam Live TikTok, Tapi Neelofa Tak Hargai? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts