by Oh! Semput
Empat komando yang berusia 20-an itu dipercayai baru menamatkan kursus di Kem Sungai Udang, Melaka. — Foto ihsan Facebook/Putera KaryaKUALA LUMPUR, 23 Jun — Empat komando yang baru tamat latihan parah selepas terlibat dalam kemalangan pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Melaka berkata kejadian 9.45 pagi itu berlaku di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Kandang.
“Pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan cedera parah manakala tiga yang lain turut parah dan mengalami patah anggota badan.
“Kita berjaya mengeluarkan mangsa dan mengawal keadaan dalam tempoh 20 minit.
“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Melaka,” kata Khairuddin Atan seperti dilaporkan Harian Metro.
Khairuddin berkata kenderaan dinaiki mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dalam perjalanan pulang ke kampung di Johor.
Empat komando yang berusia 20-an itu dipercayai baru menamatkan kursus di Kem Sungai Udang, Melaka.