Siri Komputer Riba Dell 14 Dan Dell 15 Dikemaskini Dengan Cip Intel Wildcat Lake Untuk Pasaran Malaysia

by Oh! Semput


3
SHARES
44
VIEWS
Posted on 20 Aug 2026 07:00:51

Dell Malaysia baru-baru ini telah mengemaskini penawaran siri komputer riba mampu-milik mereka, iaitu Dell 14 dan Dell 15 dengan cip pemprosesan berkuasa rendah terbaru dari Intel, iaitu Intel Core 300 “Wildcat Lake”.

Bermula dengan Dell 14, komputer riba ini hadir dengan paparan skrin WVA bersaiz 14 inci dengan dua pilihan resolusi, iaitu 2K dan juga 2.5K dengan nilai kecerahan 400 nits dan 500 nits dan kemampuan olahan warna yang berbeza.

Dell 14 tampil dikuasakan dengan satu piilhan CPU sahaja, iaitu Intel Core 3 304. CPU ini hadir dengan pilihan memori LPDDR5X 8GB/16GB dan storan SSD M.2 dengan pilihan jumlah storan 512GB/1TB. Dari segi penawaran palam pula, komputer riba ini tampil dengan dua palam USB 3.2 Type-C dengan sokongan pengecasan Power Delivery 3.0, dua palam USB 3.2 Type-A, satu palam HDMI 2.1 dan satu palam audio 3.5.

Dell 15 pula tampil dengan paparan skrin WVA bersaiz 15.3 inci dengan resolusi 1920×1200 dan nilai kecerahan 400 nit. Sama seperti Dell 14, komputer riba ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core 3 304, tetapi hadir dengan pilihan konfigurasi memori yang sedikit berbeza. Dengan model Dell 15, pengguna boleh memilih konfigurasi memori 8GB/16GB/32GB LPDDR5X bergantung kepada keperluan mereka, dan juga storan SSD M.2 PCIe dengan pilihan storan 512GB/1TB.

Konfigurasi palam pada Dell 15 adalah sama seperti apa yang diperlihatkan pada Dell 14, dan kedua-dua komputer riba ini juga hadir dengan sokongan untuk sambungan internet nirwayar WiFi 6E. Dari Untuk bateri pula, kedua-dua komputer riba ini juga dimuatkan dengan bateri 54WHr dengan sokongan pengecasan 65W.

Komputer riba Dell 14 dan Dell 15 sudahpun mula ditawarkan melalui laman web Dell Malaysia dengan konfigurasi permulaan berikut:

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts