Kongsi jenis2 kemarahan, Ning Baizura doakan semua jadi lebih baik

by Oh! Semput


8
SHARES
104
VIEWS
Posted on 15 May 2024 14:01:08

Penyanyi terkenal, Ning Baizura doakan semua jadi lebih baik apabila berkongsi sedikit pengetahuan berkenaan jenis-jenis kemarahan yang dihadapi oleh setiap manusia.

Kongsi pengetahuan tentang kemarahan di Insta Story

Menerusi perkongsiannya di Insta Story, Ning Baizura atau nama sebenarnya,  Ning Baizura Sheikh Hamzah, 48 dia telah memuat naik jenis-jenis kemarahan melibatkan empat kategori.

alt

Ning Baizura doakan semua, 4 jenis kemarahan yang kita kena tahu

Pertama adalah kemarahan yang wajar iaitu kemarahan diatas ketidakadilan melalui perkataan. Kedua, kemarahan yang agresif seperti cuba mengawal dan melibatkan tindakan fizikal.

Seterusnya, adalah panas baran dimana lebih kepada kekecewaan dan yang terakhir adalah kemarahan yang sudah menjadi kebiasaan berhubungkait dengan emosi seseorang.

alt

Ning Baizura doakan semua jadi lebih baik

Susulan daripada itu, Ning Baizura meminta kita semua untuk tersenyum dan lihat perkara tersebut lebih dalam sebelum pandang semula ke arah diri kita sendiri.

Dia juga berdoa supaya kita semua terus menjadi lebih baik dan bebas di masa akan datang.

“Subhanallah, walhamdulillah, astagfirullahalazim,”
“I pray for you to be kind and to be free. InsyaAllah, amin,” ujarnya.

ning baizura doakan semua

Artikel lain: Scha Alyahya minta netizen semak hati, hilang 100 ribu pengikut di Instagram

Terdahulu, penyanyi lagu Awan Yang Terpilu berkenaan telah dikecam hebat netizen di media sosial setelah bertanya kepada peminatnya sewaktu di siaran langsung “siapakah Rafah?” apabila ada yang meninggalkan komen “All eyes on Rafah”.

Susulan daripada Ning Baizura dikatakan tidak cakna dengan isu semasa yang sedang melanda dunia lebih-lebih lagi tentang situasi yang terjadi di Palestin.

“All eyes on Rafah. Who’s that?” Ada eh manusia yang macam ni sekali? Kalau cakap artis malaysia memang ramai out of touch or just plain bangang kang mula lah sekor sekor sentap terpaling artist pun struggle jugak blablabla. Its high time we de-influence n defund these people lah pic.twitter.com/EKaWQkzx0h

— Juju (@arxxxxmand) May 14, 2024

: Instagram ningdalton

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts