Kongsi resepi Ikan Belimbing Berlado, Sheila Rusly diminta kembalikan Ketuk-Ketuk Ramadan

by Oh! Semput


6
SHARES
82
VIEWS
Posted on 26 Mar 2023 07:00:22

Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly sangat sinonim dikalangan peminat dalam segmen masakan terutama pada bulan puasa di mana ramai ternanti akan program Ketuk-Ketuk Ramadan.

Pelbagai resepi masakan dikongsikan kepada para penonton pada tepat jam 12.30 tengahari selain disajikan dengan ‘gosip panas’ oleh tetamu jemputan di kalangan selebriti.

Sheila Rusly atau mesra disapa ‘sis’ membuat keputusan untuk menghentikan program berkenaan pada tahun 2019 setelah 15 tahun menghiburkan peminat.

alt

Bagaimanapun, selebriti berusia 51 tahun itu tidak pernah melepaskan peluang berkongsi ilmu dan pelbagai resepi di media sosial miliknya sebaik sahaja program berkenaan tidak lagi menemui peminat.

Bahkan, dia baru sahaja berkongsi resepi ikan belimbing berlado yang mudah didapati selain membuatkan seseorang makan tambah berkali-kali.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah runut bunyi yang menjadi simbolik kepada program ‘legend’ rujukan memasak di bulan Ramadan itu membuatkan warganet meluahkan kerinduan.

alt alt alt alt alt

Malah, kebanyakan warganet meminta Sheila Rusly mengembalikan semula rancangan masakan Ketuk-Ketuk Ramadan yang sememangnya ikonik dengan bunyi ketukan kuali selain ucapan ‘alhamdulillah’.

alt alt alt alt alt alt alt alt

Sekadar info, program masakan Ketuk-Ketuk Ramadan milik syarikat JS Pictures terpaksa ditamatkan selepas memikirkan kos penerbitan yang kian menambah, termasuk episod Syawal sahaja menelan perbelanjaan RM300,000.

: Instagram @sheilarusly_jspictures, mStar (Qarami Hashim)

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Panduan Borong China
Popular Posts