Kongsi video majlis pertunangan, tindakan Eyra Hazali tak tayang wajah ‘free hair’ dipuji peminat

by Oh! Semput


5
SHARES
61
VIEWS
Posted on 29 Mar 2019 10:04:54

Eyra Hazali atau nama penuhnya Hazirah Qasdina Hazali antara pelakon yang kini sedang meningkat naik dalam dunia seni hiburan, kerana bakat lakonannya yang tidak dapat disangkal lagi.

Baru-baru ini, heroin drama Mr. Grey itu telah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya selepas bertunang dengan penjaga gol skuad bola sepak bawah 22 tahun, iaitu Muhammad Haziq Nadzli.

Kongsi video majlis pertunangan, tindakan Eyra Hazali tak tayang wajah ‘free hair’ dipuji peminat

alt

Sebentar tadi, Eyra Hazali telah memuat naik satu posting di laman Instagram miliknya yang mengundang perhatian netizen apabila memuat naik video ketika majlis pertunangannya.

Apa yang lebih menarik, video tunang yang dikongsikan oleh pelakon drama Mr Grey tersebut tidak langsung memaparkan wajahnya yang tidak bertudung itu.

Umum mengetahui bahawa Eyra telah berhijrah dengan imej baharu tampil berhijab selepas selesai majlis pertunangan tersebut pada 1 Disember, tahun lalu.

alt

alt alt

Menjengah ke ruang komen, rata-rata peminat tumpang gembira dengan pasangan muda ini, selain mendoakan agar mereka berdua bahagia.

Peminat juga memuji tindakan Eyra yang tidak menujukkan wajah tidak bertudung ketika majlis perkahwinan berlangsung.

alt

alt

alt

alt

alt

Alhamdulillah, cantik sekali penampilan terbaru Eyra Hazali. Semoga Eyra terus istiqomah dan terus sukses dalam industri seni ini.

: Instagram Eyra Hazali 

Komen

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts