Konstabel cedera submesingan tertembak diri sendiri

by Oh! Semput


HOME Posted on 13 Mar 2018 22:01:38


MUHAMAD TARMIZE MOHD. NOR

13 Mac 2018 9:23 PM

SERI ISKANDAR - Seorang anggota polis berpangkat Konstabel mengalami kecederaan parah selepas submesingan yang mahu digalasnya tertembak diri sendiri ketika baru sahaja memulakan tugas di Pos Pengawal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 24 tahun tersebut cedera pada dada kiri selepas tertembak dengan senjata api jenis HK MP5.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, hasil siasatan mendapati senjata tersebut tidak diletakkan dalam kunci selamat ketika kejadian berlaku.

"Senjata tersebut meletup dan melepaskan satu das tembakan dipercayai tertekan picu ketika mangsa ingin meletakkan tali seling senjata ke badan.

"Mangsa kemudian dirawat ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dan dia kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. - K! ONLINE

's

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop

Related News


Leave a Comment: