“Konvoi dari KL, meragut di Muar.” – Polis dedah wajah ‘musibat’ seret wanita tepi bangunan

by Oh! Semput


4
SHARES
47
VIEWS
Posted on 17 Apr 2019 16:00:13

Baru-baru ini telah tular di media sosial satu video rakaman kes ragut yang berlaku di Muar, Johor. Menerusi video tersebut, kelihatan dua buah motosikal jenis Yamaha Y150 telah meragut beg tangan seorang wanita di tepi sebuah bangunan.

Kejadian yang dipercayai berlaku pada 13 April lepas telah viral berikutan tersebarnya rakaman cctv aktiviti jenayah tersebut. Rata-rata netizen galak mengecam kedua-dua peragut itu kerana melakukan jenayah serta mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Kes ragut di Muar yg dilakukan sekumpulan penjenayah yang menunggang 'Ysuku'. Dipercayai aktif meragut sekitar Muar.

Posted by Malaysian Crime Watch – MyWatch on Saturday, April 13, 2019

Namun begitu, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Petang tadi Ketua Polis Daerah Muar telah membuat sidang media dengan memaklumkan bahawa peragut-peragut tersebut sudah pun dikenal pasti.

Menurut kenyataan daripada pihak polis, tangkapan telah pun dibuat di Cheras dan Rawang, Kuala Lumpur dan suspek-suspek yang terlibat akan direman selama 7 hari. Walau bagaimanapun, pihak polis sedang giat mencari seorang lagi suspek yang masih bebas.

Pihak polis turut mendedahkan wajah peragut itu bagi memudahkan urusan penangkapan dijalankan.

SIDANG MEDIA KPD MUARBuat Onar di Muar, seorang lagi suspekmasih dicari.

Posted by Polis Daerah Muar on Wednesday, April 17, 2019

Melihat daripada kes ragut yang viral ini, rata-rata netizen telah mengucapkan syabas diatas kecekapan IPD Muar dalam menyelesaikan jenayah. Mereka turut berharap supaya peragut yang masih menjadi buruan polis itu segera ditangkap.

alt

alt

alt

alt

alt

: Malaysian Crime Watch, Polis Daerah Muar

Komen

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts