Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) Mencipta Sejarah, Tubuhkan Unit Polis Bantuan Pertama Sektor Koperasi Perladangan

by Oh! Semput


6
SHARES
75
VIEWS
Posted on 21 May 2026 16:32:06

MUADZAM SHAH: Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi koperasi perladangan pertama di Pahang yang menubuhkan unit polis bantuan bagi memperkasa tahap keselamatan pekerja ladang.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata kerjasama strategik seperti itu membuktikan keselamatan bukan hanya tanggungjawab pihak polis semata-mata, sebaliknya memerlukan penglibatan semua pihak.

“Usaha ini bukan sahaja membantu melindungi aset dan premis syarikat, malah memberi ketenangan kepada pekerja dan komuniti sekitar untuk menjalani kehidupan harian dengan lebih selamat dan harmoni.

“Kehadiran polis bantuan yang lebih tersusun dan efisien mampu meningkatkan tahap kesiapsiagaan operasi khususnya dalam menangani sebarang insiden keselamatan di kawasan perladangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pejabat Polis Bantuan KOSMA di Kompleks Perladangan KOSMA, di sini kelmarin.

Sementara itu, Pengerusi KOSMA Datuk Zamri Mohamed berkata pembukaan pejabat berkenaan menjadi langkah penting dalam memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat dan kondusif kepada seluruh warga KOSMA.

“Usaha yang dilaksanakan ini bukan sahaja melambangkan komitmen terhadap aspek keselamatan dan ketenteraman awam, malah menjadi simbol kebersamaan dalam menjaga kesejahteraan komuniti pekerja ladang yang menjadi nadi kepada pembangunan ekonomi setempat,” katanya. #MalaysiaAktif

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts