Korean Air benarkan kru guna 'stun gun', tangani penumpang ganas

by Oh! Semput


5
SHARES
63
VIEWS
Posted on 27 Dec 2016 14:00:22

KRU pesawat menjalani latihan menggunakan ‘stun gun,’ ketika menghadapi penumpang ganas. – Foto International Business Times

GIMPO, Korea Selatan: Syarikat Penerbangan Korean Air akan membenarkan kru pesawat menggunakan ‘stun gun,’ ketika menghadapi penumpang ganas, selain mengambil lebih ramai kru kabin lelaki.

Ia adalah antara garis panduan baharu syarikat penerbangan itu yang diumumkan hari ini berikutan peristiwa pada 20 Disember lalu, membabitkan seorang penumpang mabuk.

Selain itu, syarikat itu akan menambah latihan, menggunakan peranti terkini ketika menghadapi penumpang ganas dan menyekat penumpang yang mempunyai sejarah tingkah laku sukar dikawal.

“Syarikat penerbangan AS sudah mengambil tindakan tegas selepas kejadian 11 September 2001, bagaimanapun syarikat penerbangan Asia, termasuk Korean Air tidak bertindak tegas kerana budaya Asia,” kata Presiden Korean Air, Chi Chang-hoon, pada sidang media.

Penyanyi AS, Richard Marx dan isteri, Daisy Fuentes, menceritakan insiden dalam pesawat Korean Air di media sosial pada Selasa lalu.

Dalam kejadian itu, penyanyi terkenal 1980-an itu campur tangan menewaskan seorang penumpang yang menggangu penerbangan pesawat Korean Air.

Beliau juga mengkritik kru kabin pesawat itu tidak cukup terlatih dalam menangani keadaan berbahaya. – REUTERS

Category: Dunia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts