Krisis India-Pakistan, PM guna laluan jauh ke Islamabad

by Oh! Semput


HOME Posted on 27 Mar 2019 01:02:04



Perdana Menteri Pakistan Imran Khan menyambut ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad di Lapangan Terbang Nur Khan 21 Mac 2019. — Foto AFP
Perdana Menteri Pakistan Imran Khan menyambut ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad di Lapangan Terbang Nur Khan 21 Mac 2019. — Foto AFP
KUALA LUMPUR, 26 Mac — Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa terpaksa mengambil laluan jauh dalam penerbangannya ke Pakistan minggu lalu.

Akhbar Pakistan News International mendakwa Perdana Menteri India Narendra Modi tidak membenarkan Dr Mahathir melalui ruang udara negara itu, lapor Malaysiakini.

Akhbar Pakistan itu mendakwa: “Kebenaran ditarik pada saat akhir memaksa perdana menteri Malaysia menggunakan laluan lebih jauh merentasi Laut Arab sehingga ke Oman sebelum kembali ke Islamabad.”
Malaysiakini kemudian merujuk isu itu kepada Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia yang mendedahkan laporan ANI News India yang menyalahkan Pakistan.

ANI yang memetik sumber kerajaan India mendakwa Pakistan menghalang laluan Dr Mahathir.

Portal itu mendakwa Islamabad melarang semua penerbangan yang memasuki negara itu melalui ruang udara jiran.

* Baca seterusnya di Malay Mail.
 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News