by Oh! Semput
Seekor anak kucing yang baru lahir telah berjumpa manusia untuk pertama kalinya, dia yang merasa terkejut telah terlupa untuk ‘mengeow’. Tetapi dia telah mengeluarkan bunyi desiran seperti seekor ular yang sedang marah.
Namun, pemuda ini cuba memancingnya dengan seketul daging sebagai tanda persahabatan kepada anak kucing ini.
Anak kucing yang ‘curious’ telah datang mendekati daging itu dan cuba menghidunya.
Ternyata kucing ini tidak menyukai bau daging tersebut, ia mungkin disebabkan kucing itu masih dalam peringkat meminum nenen susu ibunya. Jadi bau daging tidak membuatkannya ghairah.
Dia menolak makanan itu secara baik. Apa yang mengejutkan dia cuba mendekati pemuda yang memberi makanan kepadanya seolah olah menunjukkan dia mahu berkawan
Seakan mengerti dengan apa yang dibuat oleh kucing ini, lelaki ini telah bertindak membelai bulu kucing ini.
Lelaki ini tetap tidak mengalah kerana merasa kasihan melihat kucing ini tinggal bersendirian di kawasan semak. Dia telah menggantikan nya dengan makanan kucing. Reaksi sama telah diberi, kucing ini tidak mahu makan makanan tersebut.
Mungkin ia sedang menunggu ibunya pulang daripada berjalan jalan?
sumber: lentera