Kurang Dikenali, Ungku Hariz Didakwa Tumpang Populariti Jihan

by Oh! Semput


7
SHARES
95
VIEWS
Posted on 23 Dec 2016 04:00:45

PENGLIBATAN pelakon Ungku Hariz yang juga suami kepada Jihan Muse dalam industri seni tanah air tidaklah segah isterinya yang mana popularitinya lebih memuncak dan dikenali.

Menerusi portal hiburan tempatan, pelakon berusia 31 tahun itu didakwa menumpang populariti isterinya; Jihan untuk dikenali di dalam dunia seni tempatan.

“Saya menganggap ini semua rezeki Allah, cuma rezeki Jihan orang terus nampak. Saya ini lebih kurang menumpang populariti Jihan serta orang pun memikirkan begitu juga. Saya tak kisah andai itu yang mereka fikirkan,” katanya kepada Media Hiburan.

Kurang Dikenali, Ungku Hariz Didakwa Tumpang Populariti Jihan

Kurang Dikenali, Ungku Hariz Didakwa Tumpang Populariti Jihan

Dalam pada itu, pelakon 7 Hari Mencintaiku ini juga menjelaskan penglibatannya di dalam industri tempatan adalah untuk menunjukkan bakat dan minatnya terhadap seni lakonan.

“Saya tahu keadaan saya di dalam industri macam mana, penglibatan saya pun adalah untuk menunjukkan bakat saya dan melakukan apa yang saya suka seperti berlakon. Begitu juga dengan Jihan, Allah berikan rezeki dengan jalan yang lebih mudah.”

Begitulah lumrah dunia artis, ada sahaja yang tidak kena pada pandangan mata. Mulut manusia memang susah untuk diam dari bercakap benda-benda yang buruk.

Apa-apa pun, diharapkan agar Ungku Hariz terus melangkah ke hadapan dan tunjuk kepada mereka kemampuan yang dimiliki untuk dikenali seperti isterinya Jihan Muse. – MYNEWSHUB.CC

: Media Hiburan

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts