Grab Nafi Kurangkan Upah Penghantar Makanan

by Oh! Semput


3
SHARES
33
VIEWS
Posted on 05 Aug 2022 15:30:19

Semalam, rakan penghantar gig dari pelbagai perkhidmatan penghantaran makanan telah mengumumkan bahawa mereka akan melaksanakan mogok pada hari ini, 5 Ogos 2022. Mogok yang dilancarkan pada hari ini, dipercayai adalah berikutan tidak berpuas hati dengan kadar rata semasa yang dibayar kepada mereka bagi setiap penghantaran.

{suggest}

Susulan daripada itu, Grab Malaysia dalam satu kenyataan telah memaklumkan pihaknya tidak mengurangkan upah untuk perkhidmatan penghantaran. Sebaliknya, isu yang tercetus merupakan kes terpencil membabitkan rakan penghantaran Grab.

Grab memaklumkan isu berkenaan timbul apabila terdapat kesilapan dalam sistem mereka. Seterusnya ia menimbulkan salah faham dalam kalangan penghantar makanan. Namun, pihaknya menyatakan isu tersebut telah pun diselesaikan dan diperjelaskan kepada mereka yang terlibat. Baki yang betul juga telah dipindahkan semula kepada semua penghantar makanan yang terjejas.

Dalam pada itu, Grab menegaskan pihak mereka kekal komited untuk menyokong komuniti rakan kongsi penghantaran mereka, dengan memperkenalkan pelbagai usaha termasuk perlindungan kemalangan peribadi percuma dan kerjasama dengan KWSP untuk memudahkan caruman, serta insentif tambahan sehingga 10 peratus bagi yang berkenaan.

: Astro Awani

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts