S'pura kutuk keras serangan pengganas Christchurch; tiada laporan rakyat S'pura cedera

by Oh! Semput


2
SHARES
23
VIEWS
Posted on 15 Mar 2019 13:00:43

KONGSI ARTIKEL

SINGAPURA: Singapura mengutuk keras serangan pengganas di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood ketika solat Jumaat di Christchurch, New Zealand. Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar dalam satu kenyataan media pada Jumaat (15 Mac).

"Tiada apa yang boleh mewajarkan serangan terhadap orang awam di kedua-dua masjid itu," menurut MFA.

"Kami menyampaikan ucap takziah mendalam kepada para mangsa dan ahli keluarga mangsa, dan berharap mereka yang cedera akan cepat pulih."

Menulis di laman Facebooknya hari ini (15 Mac), Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan meluahkan rasa terkejut dan marahnya terhadap serangan pengganas itu.

Insiden tembakan semasa solat Jumaat itu menyebabkan sekurang-kurangnya 49 orang terkorban dan 20 lain cedera parah. Ia merupakan serangan tembakan beramai-ramai yang paling dahsyat di New Zealand.

Menurut MFA, belum ada laporan mengenai rakyat Singapura yang dilaporkan cedera dalam serangan-serangan itu dan mengatakan ia sedang menghulurkan bantuan kepada beberapa rakyat Singapura yang sudah menghubungi kementerian itu kerana anggota keluarga mereka berada di Christchurch.

"Suruhanjaya Tinggi Singapura akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa New Zealand dan memantau keadaan," menurut MFA.

MFA menasihatkan rakyat Singapura di Christchurch untuk kekal berwaspada dan mematuhi nasihat polis tempatan. Rakyat Singapura juga dinasihati supaya menghubungi rakan-rakan dan keluarga masing-masing untuk memberitahu bahawa mereka selamat.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Singapura atau Pejabat Petugas MFA di:

Suruhanjaya Tinggi Singapura di Wellington

Tel: +64-4-470-0850/ +64-21-280-3161

Pejabat Petugas MFA (24 jam)

Tel: +65 6379 8800/8855

- CNA/NA/na

KONGSI ARTIKEL

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts