M'sia kutuk serangan bom korbankan 52 mangsa di Yemen

by Oh! Semput


3
SHARES
44
VIEWS
Posted on 20 Dec 2016 02:01:29

Kerajaan Malaysia mengutuk serangan pengebom berani mati yang berlaku di luar kem tentera di daerah Khor Maksar, Aden pada 18 Disember 2016 yang mengorbankan 52 orang dan mencederakan 84 orang yang lain.

Dalam kenyataannya, Kementerian Luar Negeri berkata, Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan dan rakyat Yemen serta keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan tersebut.

“Malaysia menganggap serangan tersebut sebagai tindakan kejam keganasan dan berharap agar pihak yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan,” kata kementerian itu lagi, memetik laporan Bernama.

Pada masa yang sama, Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman akan terus memantau keadaan di Yemen dari masa ke semasa.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts