Laman Portal Berita Dalam Talian Mungkin Perlu Didaftar Dengan SKMM

by Oh! Semput


2
SHARES
27
VIEWS
Posted on 29 Aug 2017 06:00:41

Memetik berita dari The Malay Mail Online, Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang mempertimbangkan usul bagi mewajibkan laman portal berita dalam talian didaftarkan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menjelaskan perkara itu, Datuk Seri Dr Salleh Keruak berkata, ia bertujuan supaya portal-portal berita lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan sesuatu berita dan SKMM dapat memantau jumlah pengunjung laman berkenaan.

Langkah ini juga dilihat dapat membendung daripada penularan laporan palsu yang mungkin boleh menimbulkan kekecohan dalam negara.

Menurut beliau lagi, pendaftaran adalah berdasarkan beberapa kriteria yang menentukan sama ada portal itu layak didaftarkan atau sebaliknya.

Datuk Seri Dr Salleh turut menerangkan ia bukanlah perkara baru kerana negara lain sudah mempraktikannya termasuk Singapura.

: The Malay Mail Online, Lowyat.net

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts