by Oh! Semput

LAHAD DATU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tiba di sini sebentar tadi bagi melancarkan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, jajaran Jalan Pintas Lahad Datu.
Baca Juga: Warga Lahad Datu Teruja Kehadiran Najib
Beliau yang diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di tapak pelancaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sepagaya, di sini, pada kira-kira jam 10 pagi tadi.
Jalan Pintas Lahad Datu sepanjang tujuh kilometer adalah laluan baharu empat lorong dua hala, yang terkandung dalam pakej jajaran Lebuh Raya Pan Borneo fasa satu di kawasan pantai timur Sabah yang menghubungkan Lahad Datu dengan Kunak, Tawau, Kinabatangan dan Sandakan.
Laluan yang bermula di Batu 7, Jalan Silam dan berakhir di Batu 3, Jalan Segama itu dibina dengan kos RM165 juta termasuk sebuah jambatan merentasi Sungai Sepagaya sepanjang 32 meter yang direka bentuk dengan mengambil kira aspek gempa bumi.
Berita Berkaitan: Najib Tiba di Tawau Rasmi Lebuhraya Pan Borneo
Apabila siap, ia akan memendekkan perjalanan dari Tawau ke Sandakan dan sebaliknya kepada tujuh kilometer berbanding 17 kilometer ketika ini, selain disasar mengurangkan kesesakan di laluan masuk ke bandar Lahad Datu.
Pembinaanlaluanituturutdisasarmenjadipemangkinpertumbuhanekonomisetempat, selainmemperbaikijaringaninfrastruktur dan logistikindustri, khususnya di KawasanIndustriBerkelompokKelapaSawit (POIC) LahadDatu.
Secara keseluruhan, fasa satu projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah merangkumi pembinaan laluan baharu, jalan pintas dan menaik taraf jalan sedia ada sepanjang 706 kilometer dengan kos pembinaan dianggarkan RM12.8 bilion yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2021.
Berita Lain: PM Lancar 8 Pakej Lebuh Raya Pan Borneo