BBSK Lancar Tabung Selamatkan Bolasepak Kelantan

by Oh! Semput


8
SHARES
104
VIEWS
Posted on 20 Dec 2016 06:00:57

BBSK

KOTA BHARU – Barisan Bertindak Bola Sepak Kelantan (BBSK), yang diterajui Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan berharap kerajaan Kelantan campur ta­ngan untuk menyelesaikan isu ‘kantung kering’ dihadapi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sehingga berkemungkinan menarik diri daripada Liga Malaysia (Liga M) 2017.

Beliau menegaskan isu bola sepak Kelantan merupakan sebahagian daripada masalah rakyat yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan negeri.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMK) berkata, pihaknya amat berharap kerajaan Pas Kelantan dapat membantu menyelesaikan masalah itu kerana bola sepak adalah sukan yang paling digemari rakyat negeri ini.

“Selain itu, kami turut berharap agar Kafa tidak meneruskan hasrat mereka menarik diri daripada persaingan Liga Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan kutipan derma RM10 untuk setiap seorang rakyat negeri ini bagi menyelamatkan masa depan skuad The Red Warriors (TRW) selepas KAFA mahu menarik diri daripada persaingan liga musim depan.

“Untuk memastikan Kelantan terus bersaing dalam Liga M, kami hari ini telah membuat ketetapan untuk melancarkan Tabung Dana Penyelamat Bola Sepak Kelantan,” jelas beliau.

BBBSK yang terdiri daripada gabungan PBSMK, Kelab Bekas Pemain Kelantan dan Kebangsaan 1980 (Era 80), Legenda Bola Sepak Kelantan 1960 dan 1970 (Legenda Kelantan) ditubuhkan kira-kira dua ming­gu lalu untuk menyelamatkan TRW.

Takiyuddin, yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberitahu, atas dasar cintakan bola sepak beliau bersama bekas pemain Kelantan menubuhkan BBBSK untuk melakukan segala usaha yang dapat memastikan TRW terus bersaing dalam Liga M.

Katanya, BBSK akan me­ngadakan siri jelajah ke seluruh negeri dan negara termasuk melakukan pertemuan dengan tokoh-tokoh korporat kelahiran negeri ini untuk mengumpulkan dana menyelamatkan pasukan itu.

“Timbul satu perasaan tidak menentu dalam kalangan kami apabila KAFA telah membuat ketetapan untuk menarik diri, walaupun perkara tersebut akan diputuskan ketika kongres pada 29 Disember ini.

“Jadi kami ingin menyatakan rasa amat dukacita kalau benar perkara itu berlaku.

“Bagi kami, walaupun belum diputuskan, KAFA tidak boleh membuat satu perkara yang tidak pernah berlaku dalam arena bola sepak Kelantan,” ujarnya.

Utusan Malaysia 17 Disember lalu melaporkan, KAFA kian ter­desak apabila perlu mencari dana sebanyak RM14.2 juta dalam tempoh hanya dua ming­gu untuk memastikan pasukan bola sepak negeri ini kekal dalam Liga M pada musim depan.

Difahamkan, setakat ini, dana terkumpul daripada sumbangan penaja sekitar RM800,000, jumlah yang terlalu kecil untuk menampung perbelanjaan pasukan yang memerlukan sekurang-kurangnya RM15 juta.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts