“Saya Langsung Tak Tahu” – Didakwa Punca Fyna & Madu Bergaduh, Janna Nick Dedah Hanya Ikut Skrip

by Oh! Semput


5
SHARES
64
VIEWS
Posted on 25 Jan 2023 18:00:37

Sebelum ini, pengacara rancangan Famili Duo iaitu Janna Nick telah dituduh menjadi punca pertelingkahan antara kedua isteri kepada bekas jurulatih Liga Super, Datuk Zainal Abidin Hassan di sebuah restoran di Shah Alam.

Difahamkan, punca pergaduhan adalah disebabkan isteri pertama, Datin Zalini Zaini berasa tersindir dengan kenyataan isteri kedua iaitu Fyna Jebat dalam program tersebut.

Advertisement

Tampil memberi penjelasan, Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner berkata dia kesal apabila ada rakan artis yang turut mengaitkan namanya dalam masalah rumah tangga mereka.

Saya okay kalau yang mengata tu netizen, tapi bila ada pelakon veteran yang menuduh secara membabi buta, saya jadi marah.

Menurut pelakon berusia 27 tahun itu, dia langsung tidak tahu menahu dengan konflik yang berlaku antara Fyna dan Datin Zalini.

Saya langsung tak tahu kewujudan isteri pertama dan masalah rumah tangga mereka. Konon saya pula punca kejadian tarik-menarik rambut tu berlaku.

Bukan itu sahaja, Janna turut mendedahkan paparan skrip yang telah disediakan oleh pihak produksi yang mengandungi soalan-soalan ‘panas’ untuk ditanyakan kepada peserta program.

Dalam pada itu, penyanyi Mentari Setia itu memohon maaf kepada isteri pertama bekas jurulatih berkenaan sekiranya soalan tersebut telah menyakitkan hatinya.

Difahamkan, Janna secara bergurau telah bertanyakan kepada Fyna sama ada dia sukar tidur malam kerana menemani suami, Datuk Zainal menonton perlawanan bola sepak.

Malah, soalan tersebut dipercayai hanya sekadar gurauan memandangkan kisah perkahwinan Fyna dan bekas pemain bola sepak kebangsaan itu menjadi perhatian orang ramai.

8 jam lalu

"Kau Ingat Melodi Ke?" - Tanya Soalan 'Panas', Netizen Dakwa Janna Nick Punca Pergaduhan Fyna & Madu

“Saya Langsung Tak Tahu” – Didakwa Punca Fyna & Madu Bergaduh, Janna Nick Dedah Hanya Ikut Skrip first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts