Langsung tak heboh, Izara Aisyah senyap2 tunai umrah dengan suami

by Oh! Semput


13
SHARES
166
VIEWS
Posted on 15 Jan 2020 06:02:42

Baru sahaja mengumumkan diri sedang berbadan dua, pelakon cantik, Izara Aisyah telah dijemput sebagai tetamu Allah apabila berpeluang menunaikan umrah bersama suami tercinta ketika ini.

Walau bagaiamanapun, Izara langsung tidak memuat naik keberadaannya di Tanah Suci seperti mana selebriti lain apabila berada di sana.

Perkara tersebut hanya diketahui apabila pelakon berwajah Arab, Lufya Omar memuat naik gambar mereka ketika di Madinah kerana dia juga sedang menunaikan umrah.

alt

Sebelum ini, Izara telah merahsiakan kehamilannya daripada pihak media sehingga ramai yang terkejut dengan pengumuman tersebut. Kandungan yang semakin menjangkau usia 6 bulan itu akhirnya dimaklumkan sebagai satu berita gembira untuk semua.

Situasi tersebut samalah juga dengan keberangkatannya ke Tanah Suci apabila langsung tidak diketahui oleh orang ramai dan perkara itu telah membuatkan dirinya dihujani kata-kata positif daripada peminat.

alt

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian daripada Instagram Lufya, rata-rata warganet telah memuji tindakan Izara yang tidak menghebohkan setiap aktiviti hariannya di media sosial.

Mereka juga sempat mengucapkan tahniah atas kehamilannya serta mengatakan bahawa pelakon tersebut sangat cantik apabila mengenakan hijab.

alt

alt

alt

Terdahulu, Izara telah melangsungkan perkahwinan dengan Adib Khalid iaitu anak kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada tahun 2017. Selepas hampir 4 tahun hidup bersama, akhirnya Izara Aisyah mengumumkan bakal menimang cahaya mata pad 2020 ini.

alt

: Lufyaalana 

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts