MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion

by Oh! Semput


4
SHARES
56
VIEWS
Posted on 17 Nov 2026 11:00:11

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menetapkan TM Technology Services Sdn. Bhd. (TM) sebagai pemberi perkhidmatan sejagat untuk mereka bentuk, melaksana dan mengendalikan inisiatif Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) bernilai RM2.7 bilion.

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan projek yang dibiayai menerusi Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) itu bertujuan meningkatkan kapasiti sambungan komunikasi antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, selain menyediakan laluan alternatif bagi trafik data sekiranya berlaku gangguan atau kerosakan pada kabel dasar laut sedia ada.

“Ia sekali gus menyokong penyediaan perkhidmatan digital yang lebih andal kepada komuniti, perniagaan dan kerajaan. Selain itu, ia juga akan menyediakan laluan alternatif bagi trafik data, sekali gus mengurangkan risiko gangguan perkhidmatan sekiranya kabel dasar laut sedia ada mengalami gangguan atau kerosakan,″ menurut MCMC, seperti dilaporkan Bernama.

Dengan jajaran sepanjang kira-kira 5,500 kilometer, sistem tersebut akan dilaksanakan berdasarkan teknologi kabel dasar laut Alcatel Submarine Networks (ASN). Pembangunan ini juga dilihat penting memandangkan penggunaan kapasiti rangkaian kabel dasar laut sedia ada yang mula beroperasi pada 2017 kini telah mencecah kira-kira 85%.

Menurut MCMC, projek berkenaan akan merangkumi 10 stesen pendaratan kabel dasar laut baharu di seluruh negara. Dua daripadanya terletak di Semenanjung Malaysia, iaitu Cherating dan Sedili.

Sementara itu, tiga stesen akan dibangunkan di Sarawak, melibatkan Kuching, Sibu (Matu) dan Bintulu (Samalaju). Lima lagi stesen akan ditempatkan di Sabah, iaitu Kota Kinabalu, Kudat, Pulau Banggi, Sandakan dan Tawau.

Dengan kapasiti tambahan ini, sistem SALAM akan menyokong keperluan rangkaian jalur lebar dan 5G, perkhidmatan awan, kecerdasan buatan (AI) serta pusat data, sekali gus menyediakan asas yang lebih kukuh untuk memperluas peluang digital, khususnya di Sabah dan Sarawak.

“Empat pasangan gentian optik akan dikhususkan bagi memenuhi keperluan strategik negara, termasuk infrastruktur awan berdaulat, perkhidmatan digital kerajaan dan keselamatan siber,” tambah MCMC.

Pelaksanaan projek SALAM dijadualkan bermula pada pertengahan Disember ini dan dijangka siap secara berperingkat menjelang suku pertama 2030.

{suggest}

MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts