FAM Lantik Stuart Micheal Ramalingan Isi Kekosongan Jawatan Setiausaha Agung

by Oh! Semput


2
SHARES
25
VIEWS
Posted on 15 Jul 2018 15:03:35

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan pelantikan Stuart Micheal Ramalingan sebagai Setiausaha Agung FAM yang baharu.

Keputusan tersebut dibuat selepas Setiausaha Agung sebelum ini, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin secara rasmi dilantik sebagai Presiden FAM ke-7 pada kongres yang berlangsung semalam.

Pemilihan Stuart dilihat sebagai satu keputusan yang tepat kerana beliau mempunyai pengalaman yang begitu luas dalam pengurusan bola sepak khususnya.

Beliau memiliki pengalaman selama 10 tahun dalam pengurusan dan pentadbiran yang melibatkan organisasi tempatan dan antarabangsa serta pernah terlibat dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Antara penglibatannya dalam pengurusan bola sepak adalah dilantik oleh FIFA sebagai ‘Professionalisation Consultant’.

Beliau bertindak dalam memberikan sokongan berterusan dan konsultansi kepada ahli-ahli gabungan FIFA dalam mewujudkan liga-liga baharu, mengemaskini pentadbiran persatuan negara serta menjadi perancang bagi program pendidikan pentadbiran FIFA (Futuro III).

Stuart Micheal yang berusia 41 tahun juga pernah dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Super League (MSL) pada 2010 akan memulakan tugasnya secara rasmi bermula esok.

Pelantikan Setiausaha Agung FAM yang ke-10 ini adalah berdasarkan Artikel 61 Perenggan 1 dalam Statut FAM yang menyatakan bahawa Setiausaha Agung hendaklah dilantik oleh Presiden.

Dengan pengalaman luas yang dimiliki Stuart Micheal Ramalingam, diharapkan beliau dapat mencurahkan kepakarannya bagi merintis senario yang lebih proaktif dan efisien buat badan bola sepak negara ini.

Foto: FAM

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

Jadi Penyokong Kami atau Beri Sumbangan

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts