Lapan Individu Cedera Kenderaan MPV Jenis Toyota Vellfire Yang Dinaiki Mereka Terbabas Di Kilometer (KM) 169 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1)

by Oh! Semput


5
SHARES
69
VIEWS
Posted on 05 Jun 2026 10:02:09

MARAN: Lapan individu cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer (KM) 169 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Felda Bukit Tajau menghala ke Chenor pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12.39 tengah hari.

Menurutnya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

"Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 12.50 tengah hari dan mendapati sebuah Toyota Vellfire terbabas.

"Terdapat lapan mangsa terlibat terdiri daripada tiga lelaki, dua perempuan dan tiga kanak-kanak lelaki yang mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, bagaimanapun semua mangsa tidak tersepit dalam kenderaan dan berjaya dikeluarkan.

"Semua mangsa dibawa ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya. #SinarHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts