S'pura lapor 506 kes baru COVID-19, termasuk 2 PR atau rakyat tempatan

by Oh! Semput


1
SHARES
19
VIEWS
Posted on 30 May 2020 10:02:09

KONGSI ARTIKEL

SINGAPURA: Sebanyak 506 kes baru COVID-19 dilaporkan setakat 12.00 tengah hari tadi (30 Mei), membawa jumlah terkumpul di negara ini kepada 34,366 kes.

Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awalnya menyatakan sebahagian besar kes baru adalah pemegang permit kerja yang menetap di dormitori pekerja asing.

Lima daripada kes baru adalah jangkitan dalam masyarakat tempatan. Dua daripadanya pula adalah warga atau Penduduk Tetap (PR) Singapura, sementara baki tiga kes adalah pemegang pas kerja.

Kemas kini dan butiran lanjut akan dikongsikan pada malam nanti.

TEMPAT-TEMPAT DIKUNJUNGI KES TERJANGKIT

Pada Jumaat (29 Mei), MOH menyenaraikan pasar raya NTUC FairPrice di Pusat Beli-Belah Taman Jurong di dalam senarai tempat awam yang dikunjungi pesakit COVID-19 semasa tempoh berjangkit.

Sebagai sebahagian kemas kini hariannya, kementerian itu turut menyediakan maklumat tentang tempat-tempat dikunjungi kes-kes COVID-19 yang berpotensi menjangkiti orang lain.

Tempat-tempat yang disenaraikan itu dikunjungi oleh kes-kes terjangkit selama lebih 30 minit.

Dalam pada itu, Penguasa Tanah Singapura (SLA) secara berasingan menyatakan, tapak bekas Sekolah Rendah Qiaonan sudah dibersihkan untuk menempatkan para pekerja asing yang bertugas dalam khidmat-khidmat penting.

Tapak itu berupaya menampung sekitar 500 orang.

Memindahkan para pekerja asing yang sihat ke kemudahan-kemudahan sementara adalah sebahagian daripada strategi Pemerintah untuk membendung penularan COVID-19.  

- CNA/AQ/aq

Tagged Topics

KONGSI ARTIKEL

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts