BERA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bera telah membuat laporan polis berhubung satu hantaran fitnah di TikTok yang mengaitkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bera, khususnya Ketua Cabang tersebut dengan isu pencerobohan hutan simpan di kawasan Orang Asli Tasik Bera.
Menurut kenyataan di facebook AMK Bera, laporan polis itu dibuat bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap kesahihan dakwaan yang disebarkan, mengenal pasti individu yang bertanggungjawab serta menyiasat sekiranya terdapat unsur fitnah atau kesalahan di bawah undang-undang.
"AMK Bera menegaskan bahawa sebarang dakwaan yang melibatkan mana-mana pihak perlulah berasaskan fakta dan bukti, bukannya disebarkan sehingga menimbulkan salah faham serta persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.
"Kami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan secara adil dan profesional.
"Kebenaran perlu ditegakkan. Reputasi tidak seharusnya menjadi mangsa dakwaan yang belum dibuktikan," dakwa kenyataan tersebut. #
http://www.pahangdaily.blogspot.com