Lazada Menawarkan Pulangan 25% Untuk Bayaran Bil Utiliti Dan Tambah-Nilai Pada 12.12

by Oh! Semput


2
SHARES
24
VIEWS
Posted on 04 Dec 2020 07:02:30

Lazada kini memperlihatkan mereka bakal hadir dengan pulangan tunai sebanyak 25% untuk bayaran bil utiliti, telekomunikasi dan tambah-nilai melalui platform mereka, khusus pada 12.12 ini.

Penawaran promosi terbaru daripada Lazada ini selari dengan promosi tahunan 12.12 yang akan memperlihatkan diskaun jualan untuk sejumlah barangan di platform edagang berkenaan.

Untuk promosi pulangan tunai bagi bayaran bil utiliti dan tambah-nilai ini, ia terhad untuk bayaran minimum sebanyak RM20 dan ke atas, dan boleh ditebus oleh seorang hanya untuk bayaran sekali sahaja pada tarikh 12.12 ini.

Pengguna akan menerimma pulangan tunai sehingga 25% melalui dompet digital Lazada dalam tempoh 14 hari selepas pembayaran dibuat.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi Lazada pada telefon Android dan iOS, boleh menyemak promosi ini melalui bahagian pembayaran bil utiliti dan tambah-nilai hari ini, dan bersedia untuk pembayarannya pada 12.12 kelak.

Bayar: Bil Utiliti dan Tambah-Nilai di Lazada

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts