Dahi Anak Biru & Lebam Dikatakan Terhantuk Bucu Tajam, Bila Minta Rakaman CCTV Berbagai Alasan Staf Taska Berikan

by Oh! Semput


23
SHARES
300
VIEWS
Posted on 22 Jul 2017 04:00:43


JOHOR BAHRU - Kes penderaan kanak-kanak dan bayi seringkali dilaporkan hampir setiap hari seolah-olah tiada berpenghujung walaupun berbagai jenis hukuman dijatuhkan kepada si pelaku tetapi itu tidak menginsafkan mereka untuk menghentikan perbuatan itu.

Terbaru, seorang lelaki bernama Mohd Firdaus Mansor telah memmuat naik satu perkongsian kes penderaan seorang bayi kecil berusia 9 bulan melalui Facebook miliknya dengan memohon para netizen supaya memanjang kes ini agar tidak berlaku lagi seperti yang telah terjadi kepada anak saudaranya baru-baru ini.

Menurut Firdaus, kes penderaan ini telah berlaku kepada anak saudaranya Muhammad Khalish Aufa Bin Muhammad Khairuddin di sebuah taska yang terletak di Stulang Baru, Taman Suria, Johor Bahru.

Muhammad Khalish Aufa ketika berada di hospital.

KRONOLOGI KES PENDERAAN KANAK-KANAK

Pada jam 12 tengah hari bertarikh 19.07.2017 adik saya telah menghantar anaknya yang bernama Muhammad Khalish Aufa Bin Muhammad Khairuddin ke taska tersebut dalam keadaan sihat secara fizikal. Namun pada jam 6.30 petang pada hari yang sama ketika mahu mengambil anaknya pulang didapati ada beberapa kesan benjol dan lebam pada dahi dan kepala anaknya.

Adik saya bertanya secara baik kepada beberapa orang staf taska tersebut namun dijawab dengan nada yang tinggi oleh staf terbabit. Lalu adik saya dengan rasa tidak puas hati setelah gagal mendapat penjelasan pergi berjumpa dengan pihak pengurusan taska tersebut namun pihak mereka gagal memberikan jawapan yang munasabah.

Adik saya ada meminta untuk melihat rakaman video CCTV yang dipasang di dalam taska untuk memastikan perkara sebenar yang berlaku namun pelbagai alasan diberikan oleh mereka.

Untuk pengetahuan semua perkara ini adalah yang kedua berlaku kepada anak saudara saya yang mana pada 12.07.2017 didapati ada kesan lebam dan benjol juga selepas ayahnya mengambil dari taska tersebut namun apa alasan yang diberikan oleh mereka adalah anak saudara saya secara tak sengaja terhantuk pada bucu tajam semasa di bawah pengawasan dan penjagaan pihak taska berkenaan.

Kesan biru dan lebam di dahi.
Benjolan di dahi Khalish jelas kelihatan.
Sekarang 1 laporan polis telah dibuat dan anak saudara saya telah ditahan di wad Hospital Sultanah Aminah JB untuk pemeriksaan lanjut sebelum meneruskan langkah-langkah membawa mereka yang tidak bertanggungjawab ini ke muka pengadilan.

MOHON SEBARKAN DAN PANJANGKAN AGAR IBU BAPA SAHABAT SAYA YANG TERBACA BERHATI-HATI MENGHANTAR ANAK KE TASKA.

Gambar hiasan.
Berikutnya adalah perkembangan terkini tentang kes ini dari Mohd Firdaus sendiri kepada kami.

Hasil siasatan dan rakaman CCTV, anak saudara saya berumur 9 bulan dipukul di kepala oleh kanak-kanak berumur setahun lebih.

Namun saya sebagai bapak saudara masih menganggap perkara ini sebagai satu kes dera kerana masih ada beberapa kesan lebam pada badan anak saudara saya akibat dicubit dan dipukul oleh pengasuh taska tersebut.

Kami dalam proses mengambil tindakan undang-undang untuk saman atas faktor kecuaian dan penderaan.

Semoga kes adik comel ini mendapat pembelaan dan keadilan yang sewajar, yang salah tetap bersalah dah harus dikenakan hukuman yang setimpal. Para ibu bapa pula disarankan agar memberi perhatian penuh terhadap anak-anak serta sentiasa berhati-hati agar perkara sebegini tidak berulang lagi. - www.koleksiviral.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts