by Oh! Semput
SINGAPURA: Empat tempat berehat dan garisan terang di lantai disediakan di laluan pejalan kaki yang berbumbung dari stesen MRT Redhill hingga ke Enabling Village.
Ini adalah sebahagian daripada peningkatan baru di kawasan itu oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) bagi memudahkan pergerakan penumpang berkeperluan khas.
LTA bekerjsama dengan pelbagai pertubuhan kebajikan sukarela (VWO), penjaga dan mereka yang kurang upaya, untuk memahami, melakar reka bentuk dan menjalankan kerja-kerja naik taraf yang diperlukan.
Selain taktil sentuh di stesen MRT, peningkatan itu termasuk empat tempat berhenti rehat di laluan pejalan kaki bagi mereka yang mengalami masalah mobiliti.
Garisan kuning di kiri dan kanan laluan tersebut pula bertujuan untuk dijadikan panduan oleh pejalan kaki yang kurang daya penglihatan.
Para pelukis dari Fakulti Seni Sekolah Pathlight juga menyingsing lengan dan mereka papan-papan tanda yang berwarna terang untuk menunjukkan arah ke Enabling Village.
Peningkatan-peningkatan tersebut dibuat menyusuli pengumuman Kementerian Pengangkutan (MOT) semasa perbahasan Jawatankuasa Peruntukan untuk mewujudkan pengalaman lebih inklusif bagi para penumpang kurang upaya.
Program perintis di stesen MRT Redhill itu dijadikan tapak uji bagi teknologi-teknolgi bantuan, seperti aplikasi mencari jalan dan bantuan mobiliti.
LTA berharap untuk meluaskan peningkatan-peningkatan tersebut ke stesen-stesen MRT lain pada masa akan datang.
- CNA/NK/nk