Lebih dua bulan berkelana di Mesir, Caprice balik Malaysia hari ini

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Sep 2021 13:31:47



 


Penafian : Gambar yang digunakan hanyalah sekadar hiasan semata-mata

Selepas lebih dua bulan berada di Mesir bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan Caprice akhirnya berangkat pulang ke Malaysia hari ini.


Perkara berkenaan dikongsikan penyanyi rap berkenaan menerusi saluran Telegram miliknya, MudaUmmah: Welcome To Caprice’s Personal Telegram, tengah malam tadi.


“Salam Malaysia! Alhamdulillah setelah dua bulan setengah, mungkin pengembaraan paling giIa sejauh ini, akhirnya saya akan pulang ke Malaysia esok (hari ini).


“Saya minta maaf atas kelewatan, saya memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan bahagian tertentu dalam misi saya,” katanya.


Pemilik nama sebenar Ariz Ramli, 33, itu bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai penerbangan mahu pun ketibaannya nanti.



Dia sebaliknya hanya memaklumkan berkenaan kiriman barang-barang tempahan orang ramai.


Katanya, sebaik tiba di tanah air dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) C0vid-19 termasuk kuarantin, barulah dia akan meneruskan aktiviti perniagaan yang lama tertangguh.


Caprice menjangka bakal menjalani kuarantin selama 10 hari, sekali gus urusan penghantaran tempahan barangan seperti jaket hoodies, tasbih dan buah tangan hanya dapat dilakukan selepas 18 September ini.


“Hoodies Koyak Ke Bro Edisi Terhad hampir siap, tetapi malangnya saya sekarang mengendalikannya sendiri kerana kakitangan lama yang mengambil pesanan dan penghantaran tidak lagi dengan saya,” kongsinya lagi.



Pada masa sama, penceramah bebas merangkap usahawan itu turut memohon maaf berikutan kelewatan urusan berkenaan disebabkan agak lama meninggalkan perniagaannya itu.


Tinjauan Kosmo! Online menerusi Instagramnya, Caprice dilihat memuat naik status  terakhir sekitar pukul 5 pagi waktu tempatan dalam InstaStory berbunyi, ‘Good bye and good night, see you in  Disember’, berlatarkan pemandangan malam dihiasi lampa-lampu.


Sebelum ini, dia pernah mendedahkan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 4 Julai lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan.


Terdahulu, penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan itu tiba di Mesir pada 24 Jun bagi menyertai misi bantuan ke Gaaza sebelum meneruskan penggembaraan solo ke Jordan kerana isu yang tidak dijelaskan secara terperinci.


:– K! ONLINE


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News