Lebih 7 bulan pindah randah, Nora Danish bengang ditipu kontraktor

by Oh! Semput


5
SHARES
62
VIEWS
Posted on 18 Apr 2024 03:31:05

Pelakon popular Nora Danish bengang apabila dia telah ditipu oleh dua individu yang dianggap sebagai adik dalam proses pengubahsuaian rumahnya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pelakon yang berusia 42 tahun itu di IG Storynya, dia memberitahu proses tersebut sepatutnya selesai pada bulan Januari lalu namun, sehingga kini masih belum selesai dilakukan.

Jelas Nora, kelewatan tersebut menyebabkan dia dan keluarga terpaksa menginap di hotel lebih empat bulan dan kini tumpang di kediaman ibunya.

Nora Danish bengang

alt

alt

Artikel lain: Ubai terkejut tengok harga lesen memandu, persoal makin mahal

“Lock & Store bayar since August. Duduk hotel dah lebih 4 bulan, sekarang saya tumpang di rumah mak dah 3 bulan. Penatnya macam ini.
“Kesilapan saya percaya orang yang saya anggap ‘adik’, kerja tak habis terus angkat kaki. Tinggal kan kami terkontang kanting kena tipu dengan kontraktor yang penipu dan tak berhati perut.
“Semua baju kami dalam beg plastic ikea. Kena korek tiap kali nak pakai. Nak mulakan kerja pun susah. Anak-anak saya tido sana sini,” katanya.

Nora Danish bengang

alt

Kata Nora lagi, dia memberi masa sehingga minggu hadapan kepada kontraktor tersebut untuk menyelesaikan kerja pengubahsuaian dan akan ambil tindakan undang-undang jika gagal dilaksanakan.

Dalam pada itu, Nora menasihati kepada orang ramai supaya lebih berjaga-jaga dalam pemilihan rakan dan kontraktor bagi mengelakkan kejadian tersebut berlaku.

“Allahuakhbar. Dah cuba redha, dan bagi peluang banyak kali. Harap dengan tindakan ni dapat buka mata semua pihak agar berhati hati la memilih kawan satu, dan juga kontraktor.
“By next week tak siap, korang masuk penjara,” ujarnya lagi.

alt

Sekadar info, Nora mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Nedim Nazri pada tahun 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Nora juga pernah berkahwin dengan Nizal Ashram pada tahun 2006 namun, bercerai dua tahun kemudian. Hasil cinta tersebut, mereka juga dikurniakan seorang anak lelaki.

: Instagram @Nora Danish

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts